DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak 2025 : 8 Julai 2025
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2025
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2025.
IPOH, 8 Julai 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2025 yang berlangsung di Casuarina@Meru, di sini, malam tadi.
Turut berkenan mengiringi keberangkatan Baginda, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah bersama DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YTM Raja Kecil Tengah Perak, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) bersama YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Rasiah binti Mohd Noor; serta YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak bersama isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah.
Turut hadir, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Dalam sembah ucapannya, YB Dato’ Ahmad Suaidi menyifatkan majlis yang diadakan itu sebagai satu perhimpunan luhur yang mengangkat semangat mendaulatkan institusi raja berpelembagaan, bukan sekadar wadah pertemuan, malah menjelma sebagai lambang penghormatan serta iltizam murni seluruh warga perkhidmatan awam negeri.
Beliau turut menyeru penjawat awam negeri Perak untuk terus memperteguh azam dan berkhidmat dengan penuh integriti demi negeri dan rakyat.
“Penjawat awam Negeri Perak sentiasa menjunjung hasrat murni Tuanku dalam mengusahakan setiap inci bumi negeri ini agar membawa kemajuan kepada yang mundur, pembelaan kepada yang lemah, dan peluang kepada yang terpinggir.
“Kami juga akan bertekad untuk terus menyemai semangat khidmat, membaja amanah, dan memetik hasil berupa kesejahteraan rakyat serta kemuliaan institusi,” ujarnya.
Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Perak itu bertujuan memupuk budaya hormat-menghormati serta saling menghargai antara penjawat awam, di samping menjadi platform memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan pegawai.
Ia juga merupakan acara tradisi perkhidmatan awam yang terus mempererat hubungan antara pemimpin dan warga pentadbiran, mencerminkan semangat kesatuan dalam menjunjung amanah dan aspirasi negeri.
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama dif-dif kenamaan sempena Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama dif-dif kenamaan sempena Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika melawat pameran yang disediakan
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika melawat pameran yang disediakan
-
Majlis Santapan Beradat anjuran Kerajaan Negeri Perak dan PPTD Cawangan Perak bagi memupuk budaya hormat dan penghargaan dalam kalangan penjawat awam.
Majlis Santapan Beradat anjuran Kerajaan Negeri Perak dan PPTD Cawangan Perak bagi memupuk budaya hormat dan penghargaan dalam kalangan penjawat awam.
-
Antara yang hadir bagi memeriahkan Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2025
Antara yang hadir bagi memeriahkan Majlis Santapan Beradat Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2025
-
Antara ketua-ketua jabatan persekutuan yang hadir bagi memeriahkan majlis
Antara ketua-ketua jabatan persekutuan yang hadir bagi memeriahkan majlis
-
Majlis ini menjadi platform untuk mempererat hubungan antara kepimpinan negeri dan penjawat awam, berpaksikan semangat kesatuan dan amanah dalam perkhidmatan.
Majlis ini menjadi platform untuk mempererat hubungan antara kepimpinan negeri dan penjawat awam, berpaksikan semangat kesatuan dan amanah dalam perkhidmatan.
-
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak
-
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika menyampaikan sembah ucapan
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika menyampaikan sembah ucapan
-
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama para penjawat awam negeri Perak
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama para penjawat awam negeri Perak
Sumber : Korporat, SUK Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Rasmi Dataran Waterfront Bagan Datuk : 17 Jun 2025
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Rasmi Dataran Waterfront Bagan Datuk.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika melakukan gimik perasmian.
BAGAN DATUK, 17 Jun 2025 — DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan berangkat merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk, di sini.
Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin.
Hadir sama, YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid; YABhg. Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja bersama isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; dan YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak bersama isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah.
Turut hadir, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak, diikuti bacaan al-Quran dan doa sebelum DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak perasmian.
Usai sesi tersebut, baginda berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi maritim oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perikanan Malaysia di Sungai Perak.
Selesai menyaksikan demonstrasi berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan turut berkenan melawat pameran berkaitan sejarah penubuhan Bagan Datuk, daerah ke-12 di negeri Perak.
Dataran Waterfront Bagan Datuk meliputi beberapa komponen projek yang telah dilaksanakan, seperti pembinaan Terminal Jeti Pelancongan Bagan Datuk, kemudahan riadah dan rekreasi, serta pemuliharaan fasad bangunan kedai dan naik taraf jalan di sekitar pekan Bagan Datuk.
Selain itu, ia turut diserikan dengan replika tempurung kelapa beserta air pancut, bangunan BD Walk, replika kapal jong termasuk set alat permainan kanak-kanak, serta informasi sejarah di bahagian dalam dan atas kapal jong tersebut.
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri pada Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri pada Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyaksikan demonstrasi maritim
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyaksikan demonstrasi maritim
-
Antara yang hadir bag memeriahkan majlis
Antara yang hadir bag memeriahkan majlis
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika lafaz perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika lafaz perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika menandatangani plak perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika menandatangani plak perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menandatangani buku pelawat
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menandatangani buku pelawat
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama dif-dif kenamaan pada Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama dif-dif kenamaan pada Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk
Sumber : Korporat, SUK Perak.
YAB PM Sempurnakan Majlis Perasmian Penutupan PMR 2025 Perak : 15 Jun 2025
YAB PM Sempurnakan Majlis Perasmian Penutupan PMR 2025 Perak.
YAB Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan perasmian.
LUMUT, 15 Jun 2025 — YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak di Lumut Waterfront, di sini.
Beliau berkata, penganjuran program seumpama ini berperanan sebagai platform penting kepada kerajaan untuk mendengar permasalahan rakyat, terutamanya apabila melibatkan isu-isu yang masih berbangkit.
“Seperti mana yang disebut oleh YAB Datuk Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, Program Madani Rakyat 2025 memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Kadang-kadang apabila kita umum sesuatu dasar di Parlimen atau di ibu kota, rakyat mahu melihat apa angkanya dan di mana projeknya.
"Sebab itu Menteri Kabinet, Menteri Besar, kerajaan negeri malah malah penjawat awam kanan kita minta turun ke bawah, kita ada Program Sejahtera Komuniti MADANI, dimana pegawai-pegawai tahu apa perbezaan daripada ungkapan dasar dengan apa yang kita laksanakan di peringkat bawah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Perak.
Hadir sama YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Senator Dato’Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Turut hadir YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Ujar YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim lagi, mendengar keluhan rakyat secara langsung seperti melalui penganjuran PMR atau sesi dialog antara pemimpin dengan rakyat amat penting bagi mendapatkan maklum balas akan perkara yang perlu diperbaiki atau ditambah baik.
"Seperti contoh ,setiap kali sebelum solat Jumaat, saya makan di warung dan apabila nampak anak-anak sekolah, saya tanya “sekolah mana, apa masalah?” Tandas rosak. Hampir pada ketika itu saya ingat tahun 2022, awal 2023 hampir semua yang beritahu saya tandas sekolah tidak diperbaiki.
"Begitu juga anak-anak di universiti bila kita pergi mana-mana, mereka mengeluh tidak ada connectivity, ada dewan kuliah, tapi tidak ada di asrama. Jadi nak ulang kaji, nak belajar tidak ada kemudahan itu dan dengan maklum balas mereka, kita sudah selesaikan, Alhamdulillah," katanya.
Negeri Perak merupakan lokasi kedua bagi penganjuran PMR berskala besar, hasil kerjasama strategik antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri selaku sekretariat induk, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai kementerian peneraju.
Pengisian program melibatkan pembukaan lebih 40 reruai kementerian, agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta sektor swasta.
Antara komponen yang telah disediakan adalah sebanyak 230 perkhidmatan touchpoint rakyat, penglibatan 8 usahawan jualan MADANI, 12 majikan di Karnival Kerjaya, 75 sesi libat urus pentas, 16 program satelit dan lapan agensi perkhidmatan bergerak.
-
YAB Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama wakil jabatan dan agensi yang hadir
YAB Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama wakil jabatan dan agensi yang hadir
-
Antara yang hadir bagi memeriahkan majlis
Antara yang hadir bagi memeriahkan majlis
-
YAB Perdana Menteri bersama dif-dif kenamaan pada Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Perak
YAB Perdana Menteri bersama dif-dif kenamaan pada Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Perak
-
Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Selendang Perak
Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Selendang Perak
-
YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan aluan
YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan aluan
-
YAB Perdana Menteri bersama para penerima Geran Sejati MADANI Negeri Perak
YAB Perdana Menteri bersama para penerima Geran Sejati MADANI Negeri Perak
-
YAB Perdana Menteri ketika melawat reruai pameran yang disediakan
YAB Perdana Menteri ketika melawat reruai pameran yang disediakan
-
YAB Perdana Menteri ketika menandatangani buku pelawat di reruai pameran negeri Perak
YAB Perdana Menteri ketika menandatangani buku pelawat di reruai pameran negeri Perak
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB Sempena PMR 2025 Perak : 15 Jun 2025
Penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB Sempena PMR 2025 Perak.
YBhg. Ketua Setiausaha Negara bersama para penerima Sijil Penghargaan Projek RKB.
LUMUT, 15 Jun 2025 — YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyempurnakan Penyampaian Sijil Penghargaan Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) Sempena Program MADANI Rakyat 2025 di reruai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Lumut Waterfront, di sini.
Tujuh projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang telah siap di Perak kini membuahkan pulangan bernilai RM 300 juta kepada rakyat dan perniagaan, menerusi penjimatan kos kerajaan, peningkatan hasil kutipan dan kecekapan operasi.
Dalam pada itu, 14 projek lagi sedang dilaksanakan di seluruh negeri, sebagai sebahagian inisiatif yang merupakan terjemahan nyata Deklarasi Kuala Lumpur, persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi mengurangkan kerenah birokrasi, memacu produktiviti dan memudahkan kehidupan rakyat.
Urusan rakyat yang dahulu memakan masa berhari-hari, kini dapat diselesaikan dalam beberapa minit apabila permohonan boleh dijejak terus dari rumah, sekali gus menghapuskan kos ulang-alik, mengurangkan beban pematuhan peraturan dan membebaskan masa untuk aktiviti yang lebih produktif.
Penjimatan operasi kerajaan juga dapat disalurkan kepada projek kemudahan awam, seperti pembinaan taman, klinik dan jalan yang lebih baik, demi meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Bagi peniaga, prosedur lesen dan permit yang lebih pantas turut menurunkan kos menunggu dan membantu aliran tunai syarikat.
Langkah ini membolehkan syarikat menumpukan modal dan tenaga kerja kepada aktiviti yang lebih bernilai tambah, sekali gus memacu peningkatan produktiviti dan mewujudkan iklim perniagaan yang lebih cekap, mesra pengguna dan mampu bersaing.
Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan); YBhg. Datuk Zahid bin Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan); YBrs. Tuan Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi Setiausaha, Majlis Daerah Perak Tengah; YBrs. Encik Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanjong Malim dan YBrs. Encik Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung.
-
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika melawat reruai pameran negeri Perak sempena PMR 2025 Perak
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika melawat reruai pameran negeri Perak sempena PMR 2025 Perak
-
YBhg. Ketua Setiausaha Negara selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB di reruai pameran Negeri Perak
YBhg. Ketua Setiausaha Negara selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB di reruai pameran Negeri Perak
-
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada wakil PDT Bagan Datuk
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada wakil PDT Bagan Datuk
-
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada wakil PDT Kampar
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada wakil PDT Kampar
-
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
YBhg. Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Sijil Penghargaan Projek RKB kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Ke Atas YB SUK Perak : 9 Jun 2025
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Ke Atas YB SUK Perak.
YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim menandatangani buku pelawat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
IPOH, 9 Jun 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Basri bin Abdul Manaf, Pengarah Perhutanan Negeri Perak; Puan Rashidah binti Sharif, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); Puan Hamidah binti Muhamad, Pegawai Sumber Manusia, BKP JPSM serta Puan Izaidah binti Talib, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan pihak pentadbiran negeri Perak, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus sektor perhutanan di negeri ini.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah hala tuju strategik pengurusan hutan negeri, pemerkasaan sumber manusia dalam sektor perhutanan serta peranan negeri dalam menyokong agenda kelestarian dan pembangunan hijau.
Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited dalam menyokong usaha berterusan ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan dan lestari demi manfaat generasi akan datang.
-
Hadir sama, Puan Rashidah binti Sharif dan Puan Hamidah binti Muhamad serta Puan Izaidah binti Talib
Hadir sama, Puan Rashidah binti Sharif dan Puan Hamidah binti Muhamad serta Puan Izaidah binti Talib
-
Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Basri bin Abdul Manaf
Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Basri bin Abdul Manaf
-
Penyampaian pertukaran cenderamata antara YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim
Penyampaian pertukaran cenderamata antara YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim
-
Penyampaian cenderamata buku oleh YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim kepada YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim
Penyampaian cenderamata buku oleh YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim kepada YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim
Sumber : Korporat, SUK Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha : 7 Jun 2025
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha.
Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
IPOH, 7 Jun 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.
Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim dan YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.
Turut hadir, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YABhg. SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak; YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
-
Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ke majlis berkenaan
Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ke majlis berkenaan
-
Berangkat sama, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke majlis berkenaan
Berangkat sama, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke majlis berkenaan
-
Berangkat sama, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
Berangkat sama, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
-
Antara kerabat diraja dan tetamu kehormat yang hadir
Antara kerabat diraja dan tetamu kehormat yang hadir
-
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad ke Majlis Santapan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh
-
Turut hadir ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan di negeri Perak
Turut hadir ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan di negeri Perak
Sumber : Korporat, SUK Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Tunai Solat Sunat Aidiladha : 7 Jun 2025
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Tunai Solat Sunat Aidiladha.
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersalaman bersama YABhg. SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh.
IPOH, 7 Jun 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) Mahadi, di sini.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak.
Turut hadir, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YABhg. SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak; YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan ketua-ketua jabatan serta agensi.
YBrs. S.F. Tuan Haji Abd Farid bin Haji Salleh, Imam Besar Masjid Negeri yang mengimamkan solat sunat turut menyampaikan khutbah.
Dalam khutbahnya yang bertajuk "Menyelami Falsafah Tersirat di Sebalik Peristiwa Korban", beliau mengingatkan jemaah bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan ternakan, tetapi lambang keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
"Semangat ithar – iaitu mendahulukan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri – harus disemai dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan, daripada ibadah zakat, sedekah, hingga kepada adab sopan di jalan raya dan sikap tolong-menolong sesama masyarakat," ujar beliau.
Beliau turut menjelaskan bahawa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS harus diteladani secara mendalam, kerana ‘Ismail’ dalam kehidupan hari ini boleh menjelma dalam pelbagai bentuk – harta, kuasa, kedudukan, dan nafsu duniawi – yang perlu dikorbankan demi mengabdikan diri kepada Allah.
Khutbah tersebut turut menyentuh kepentingan memanfaatkan Aidiladha sebagai ruang memperkukuh silaturahim dan semangat perpaduan ummah.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan mereka yang menjalankan tanggungjawab fardu kifayah semasa musim perayaan.
Mengakhiri khutbahnya, beliau memanjatkan doa agar negara sentiasa dilindungi daripada bencana, dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan adil, serta mendoakan kesejahteraan saudara seagama khususnya di Palestin.
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat masuk ke masjid
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat masuk ke masjid
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) Mahadi
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) Mahadi
-
Khutbahnya bertajuk "Menyelami Falsafah Tersirat di Sebalik Peristiwa Korban", beliau mengingatkan jemaah bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan ternakan, tetapi lambang keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Khutbahnya bertajuk "Menyelami Falsafah Tersirat di Sebalik Peristiwa Korban", beliau mengingatkan jemaah bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan ternakan, tetapi lambang keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
-
YBrs. S.F. Tuan Haji Abd Farid bin Haji Salleh yang mengimamkan solat sunat turut menyampaikan khutbah
YBrs. S.F. Tuan Haji Abd Farid bin Haji Salleh yang mengimamkan solat sunat turut menyampaikan khutbah
-
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan bersalaman bersama para jemaah yang hadir
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan bersalaman bersama para jemaah yang hadir
-
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Riduan dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Riduan dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Kerajaan Negeri Perak Perkukuh Keupayaan Kepimpinan Penjawat Awam : 5 Jun 2025
Kerajaan Negeri Perak Perkukuh Keupayaan Kepimpinan Penjawat Awam.
YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman menyampaikan ucapan kepada peserta program.
IPOH, 5 Jun 2025 – Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam memperkasa pembangunan modal insan sektor awam menerusi penganjuran Program Hadiah Latihan Negeri (HLN).
Program latihan kali ini akan membawa seramai 30 orang pegawai kumpulan pelaksana daripada Gred 2 hingga Gred 7 bagi menyertai Program Kepimpinan Berprestasi Tinggi dan Berkesan: Pelaksanaan Agenda Perkhidmatan Cemerlang di Bandung, Indonesia dari 15 Jun hingga 21 Jun 2025.
Dalam kumpulan tersebut, ia melibatkan lapan skim perkhidmatan iaitu penghulu, penolong pegawai tanah, penolong pegawai tadbir, penolong akauntan, penolong jurutera, penolong pegawai teknologi maklumat, ketua pembantu tadbir serta ketua pembantu tadbir kewangan.
Majlis penyerahan surat tawaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) di Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Program kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersama AJM International Academy Sdn Bhd itu bertujuan memberi penekanan kepada aspek kepimpinan strategik, pemikiran kritikal, pengurusan perubahan serta kebolehan membuat keputusan dalam persekitaran dasar yang kompleks dan mencabar.
Selain itu, ia juga membuka ruang untuk peserta menimba amalan terbaik di peringkat antarabangsa dalam usaha mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
Turut hadir dalam majlis tersebut, YBrs. Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).
-
Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam memperkasa pembangunan modal insan sektor awam menerusi penganjuran Program Hadiah Latihan Negeri
Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam memperkasa pembangunan modal insan sektor awam menerusi penganjuran Program Hadiah Latihan Negeri
-
Program latihan kali ini akan membawa seramai 30 orang pegawai kumpulan pelaksana daripada Gred 2 hingga Gred 7
Program latihan kali ini akan membawa seramai 30 orang pegawai kumpulan pelaksana daripada Gred 2 hingga Gred 7
-
Program Kepimpinan Berprestasi Tinggi dan Berkesan_ Pelaksanaan Agenda Perkhidmatan Cemerlang di Bandung, Indonesia dari 15 Jun hingga 21 Jun 2025
Program Kepimpinan Berprestasi Tinggi dan Berkesan_ Pelaksanaan Agenda Perkhidmatan Cemerlang di Bandung, Indonesia dari 15 Jun hingga 21 Jun 2025
-
Encik Mohamad Hazmi bin Mokhtar menerima surat tawaran tersebut
Encik Mohamad Hazmi bin Mokhtar menerima surat tawaran tersebut
-
Program tersebut melibatkan lapan skim perkhidmatan
Program tersebut melibatkan lapan skim perkhidmatan
-
Majlis penyerahan surat tawaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman
Majlis penyerahan surat tawaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Pelan Digital Dan Bandar Pintar Lonjak Ekonomi Perak RM4.2 Bilion Menjelang 2030 : 4 Jun 2025
Pelan Digital Dan Bandar Pintar Lonjak Ekonomi Perak RM4.2 Bilion Menjelang 2030.
Ketibaan YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad disambut oleh tetamu.
IPOH, 4 Jun 2025 – Sektor ekonomi digital dijangka menyumbang sehingga RM4.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perak menjelang 2030, susulan pelancaran dua dokumen strategik iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.
Dokumen yang dilancarkan secara serentak itu digarap bagi mempercepatkan transformasi digital negeri dan memperkukuh kedudukan Perak sebagai negeri pintar yang inklusif, cekap dan berdaya saing tinggi. Ia turut menyasarkan 3,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan baharu serta pendigitalan lebih 18,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Menurut YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, pelan berkenaan bukan sekadar dokumen dasar tetapi pelan tindakan menyeluruh yang membawa pendekatan baharu kepada pembangunan negeri melalui teknologi, inovasi dan keterlibatan rakyat.
“Kita tidak mahu ketinggalan. Ekonomi digital kini menyumbang RM12 bilion kepada ekonomi negeri, dan angka itu akan terus meningkat jika kita melaksanakannya secara bersepadu,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 di Hotel Casuarina@Meru, di sini.
Pelan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digital, pendigitalan pentadbiran awam, pengukuhan ekosistem perniagaan serta pemerkasaan masyarakat. Antara projek pemangkin yang dikenal pasti termasuk peluasan capaian digital di kawasan luar bandar melalui teknologi satelit orbit rendah (LEO), pembangunan sistem bayaran tanpa tunai, serta penubuhan pusat kecemerlangan seperti AI Academy dan SPRIN (Smart Perak Research and Innovation Centre).
Dalam pada itu, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad berkata Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 pula menjadi dokumen rujukan utama bagi memastikan pembangunan bandar pintar dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh.
Ujarnya, blueprint tersebut merangkumi tujuh komponen utama iaitu Infrastruktur Digital Pintar, Tadbir Urus Pintar, Ekonomi Pintar, Rakyat Pintar, Alam Sekitar Pintar, Mobiliti Pintar dan Kehidupan Pintar.
“Dokumen ini mengandungi 22 dasar, 52 strategi dan 132 inisiatif dengan pelaksanaan berfasa bermula tahun ini hingga 2040. Pendekatan yang diterapkan juga bersifat people-centric, memberi keutamaan kepada keperluan dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah berjaya mencapai status Early Adopter dalam pelaksanaan agenda bandar pintar, iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Manjung, dan Majlis Daerah Kampar.
Tambahnya lagi, antara inisiatif pintar yang sedang dilaksanakan ialah pembangunan sistem prototaip kecerdasan buatan (AI) oleh PLANMalaysia Perak yang dikenali sebagai
Sementara itu, YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa pelaksanaan kedua-dua pelan ini turut disokong oleh projek-projek strategik seperti pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP), Lumut Maritime Industrial City (LuMIC), serta Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim.
“Ini bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi gerakan menyeluruh untuk membina ekosistem digital yang menyeluruh dan berdaya tahan,” katanya.
Pelaksanaan pelan ini akan diselaraskan melalui penubuhan Majlis Ekonomi Digital Negeri Perak (MEDi) yang akan memantau pelaksanaan, menjamin penyelarasan dasar serta memastikan manfaatnya dirasai seluruh rakyat Perak.
Hadir sama, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
-
YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak menyampaikan ucapan aluan
YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak menyampaikan ucapan aluan
-
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan ucapan perasmian
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan ucapan perasmian
-
Tetamu kehormat bergambar bersama buku bagi kedua-dua inisiatif tersebut
Tetamu kehormat bergambar bersama buku bagi kedua-dua inisiatif tersebut
-
Dr Maisarah binti Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR) sebagai moderator ketika sesi forum
Dr Maisarah binti Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR) sebagai moderator ketika sesi forum
-
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad ketika sesi lawatan reruai
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad ketika sesi lawatan reruai
Sumber : Korporat, SUK Perak.
Kunjungan Hormat Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak : 3 Jun 2025
Kunjungan Hormat Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak
YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria menandatangani buku pelawat sempena kunjungan hormatnya ke atas YB SUK
IPOH, 3 Jun 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri melalui PPN Perak dan SUK Perak dalam pelaksanaan agenda pembangunan negeri, selaras dengan matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal dan sosioekonomi negeri telah dibincangkan, termasuk penyelarasan projek-projek strategik, pemantapan tadbir urus serta sokongan berterusan kepada inisiatif kerajaan negeri.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh sinergi antara kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memastikan kelangsungan pembangunan yang mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Perak.
-
YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria
YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria
-
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh sinergi antara kerajaan Persekutuan dan Negeri
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh sinergi antara kerajaan Persekutuan dan Negeri
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.